Intan NurJannah Ezaha

Saturday, September 24, 2016

#11 Seminar Solat & Selawat 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحي

Salam alaykum and hello everyone! I am so very happy that I've been very lucky because I've been chosen to attend such a blessed event, Alhamdulillah. But first thing first I want to apologize for not writing on my blog for such a long time, it has been 9 months actually because as you all know I have been very busy with SPM and I just finished my trial :') so I wish you could all pray for me hehe.
So back to the topic, fortunately I decided to write about what I've learnt from this event because overall this event really opened my eyes about so many things especially about prayers and solat =) And just to clarify I'm gonna write the infos in Malay because I barely got time to translate it all huhu. So, without beating around the bushes, let's get started!! 





1. PROF DR MUHAYA
Sorry my phone's camera isnt very clear

  • Benda paling mahal di dunia: TAUFIK & HIDAYAH ALLAH SWT.
  • Benda paling bahaya dalam hidup ialah ego & nafsu.
  • Kejahatan kita pada orang adalah lebih bahaya dprd kejahatan orang pada kita -- kerana tak ada kejahatan yang kita buat tak berpatah balik kepada kita,
  • Orang yang paling bijak di dunia: orang yang INGAT MATI & BERSEDIA.
  • Apakah kejayaan sebenar yang boleh kita kecapi? -- Redha Allah, melihat wajah Allah di syurga, melepas kerinduan kepada Rasulullah & masuk ke syurga Firdaus dengan keluarga tanpa dihisab (Aamiin Ya Rabbal Alamin)
  • Kualiti solat kita -- menentukan kualiti hidup kita.
  • Semasa bersalaman (terutamanya perempuan), tak perlu bercium-cium pipi kerana apabila berciuman pipi, mata tak bertentang dan kita tak berdoa untuk orang, tapi genggamlah tangan orang tersebut sambil melihat matanya, selawat dan berdoa :)
  • Manusia yang hidup dengan 'KALAU' & 'TAPI' -- SUSAH! 
  • Jikalau hati kita penuh dengan zikrullah & mengingati Allah, tak akan ada apa yang boleh halang kita termasuklah bila ada orang kutuk kita. 
  • Kita boleh MEMPENGARUHI & DIPENGARUHI
  • Antara ciri-ciri orang yang paling kaya:
    - anak yang soleh
    - orang yang mempunyai ilmu pengetahuan
    - orang yang suka bersedekah
    - orang yang hati bersih & berdada lapang 
  • Kualiti hidup kita bergantung kepada 3 perkara:
    - Kualiti solat
    - Kualiti hati
    - Kualiti masa
2. USTAZ MUHADIR B. JOLL - SOLAT KETIKA SAKIT 


  • Di Kaabah, sunat semasa solat memandang Kaabah -- tempat soalan selain di depan Kaabah, tempat sunat memandang ialah tempat sujud.
  • 4 perkara seharian yang menjadi ibadah:
    - Melihat Kaabah
    - Melihat wajah mak ayah
    - Melihat langit
    - Melihat Al-Quran
  • Sembahyang juga sebenarnya merupakan mikraj dan perjalanan kepada Allah, perjalanan roh kita untuk bertemu dengan Allah -- jika kita lakukan dengan betul.
  • Hikmah rukhsah solat/ solat ketika sakit:
    - Kasih sayang Allah kepada hambaNya
    - Islam agama yang mudah & tidak menyusahkan umatnya.
    - Solat merupakan ibadah paling utama.
  • Allah maha berkuasa, walau satu dunia tak solat sekalipun, ia tak akan jejaskan kuasa Allah yang sangat besar & agung.
  • Islam itu tak susah, yang susah apabila kita tiada ilmu.

    10 CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT
  • Mampu berdiri & rukuk tetapi tak mampu sujud.
  • Mampu berdiri tetapi tak mampu sujud & rukuk.
  • Tak mampu berdiri tetapi mampu duduk (iftirasy)
  • Tak mampu berdiri tetapi mampu duduk (atas kerusi)
  • Tak mampu berdiri, tetapi duduk di birai katil.
  • Tak mampu berdiri, tetapi mampu duduk di atas katil.
  • Tak mampu berdiri, duduk melunjur atas katil.
  • Solat mengiring menghadap kiblat.
  • Solat baring menelentang.
  • Solat mengiring dengan isyarat mata.
  • Berdiri semasa solat itu adalah satu NIKMAT yang dimana ramai umat Islam yang tak mampu buat.
  • Mencontohi orang yang mulia itu adalah satu kejayaan -- contoh terbaik ialah Rasulullah SAW.
  • Kedudukan makmum yang solat di atas kerusi hendaklah berada di bahagian paling kiri atau kanan saf.
  • Orang yang mampu tetapi 'buat buat' tak mampu, maka batal solatnya -- contoh jika seseorang itu mampu untuk sujud seperti biasa tetapi memilih dengan cara mudah, maka solatnya terbatal. 
3. USTAZ DUSUKI - KEPENTINGAN SOLAT & SELAWAT.



  • Panduan untuk ke syurga -- ALQURAN & HADIS.
  • Solat merupakan lambang Al-Quran, kerana bila kita tinggal solat, lama kelamaan kita akan tinggalkan membaca Al Quran.
  • Apabila kita tinggal selawat, lama kelamaan kita akan tinggalkan dan lupakan Rasulullah serta sunnah-sunnah baginda.
  • Solat dapat membantu kita mengharungi segala masalah & ujian yang kita harungi dalam kehidupan -- jadi benteng kekuatan kita,
  • Dengan bersolat, kita dapat merapatkan diri semula kepada Allah setelah bekerja.
  • Oranng yang paling hampir dengan rahmat Allah -- orang yang dalam keadaan bersujud.
  • Kalau kita bangga bersama berdekatan dengan selebriti/pembesar, mengapa kita tak rasa bangga apabila kita berada dekat dengan Allah walau kita hanya hambaNya?
  • Dalam bersujud kita akan dapat rahmat Allah, jadi mengapa perlu solat dalam keadaan cepat & huru-hara? Tidakkah kita menginginkan rahmat Allah SWT yang sangat berharga?
  • Dengan solat juga kita dapat berehat daripada kepenatan seharian bekerja  dan melakukan tugas.
  • Dengan bersolat, dapat menyihatkan tubuh badan -- contohnya apabila kita bersujud, tarikan graviti akan membawa darah ke bahagian keseluruhan otak kita dan dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit seperti sakit kepala, strok mahupun arterisklerosis.
  • Solat juga menjadikan kita orang yang lebih bertenaga kerana bekalan oksigen yang cukup ke dalam organ sistem saraf pusat kita -- otak! (ceh dak dak bio hehengee)
  • Orang yang solat sunat sebanyak 12 rakaat tiap tiap hari, akan dapat istana di syurga kelak, Aamiin ;)
  • Solat dapat menjadi pengukuhan diri daripada menjadi insan yang lemah -- dan terpengaruh dengan unsur atau gejala-gejala negatif yang berleluasa,
  • Solat dapat menyucikan diri daripada kekotoran dalam hati -- apabila hati bersih, kita dapat beribadah dengan lebih baik & ibadah kita akan lebih diberkati & diterima Allah SWT =)
  • Antara masa doa makbul dalam solat:
    - selepas takbiratul ihram
    - selepas bacaan Al Fatihah
    - iktidal
    - sujud (paling mujarab)
    - duduk antara dua sujud.
  • Kenapa ada orang yang masih lakukan kemungkaran walaupun dia solat? -- kerana solatnya tak KHUSYUK !
  • Antara cara untuk khusyuk dalam solat:
    - hadirkan hati kita dengan niat untuk betul-betul solat, dan bayangkan di hadapan kita ada kebesaran-kebesaran Allah.
    - faham maksud bacaan terutamanya Al Fatihah & tahiyat.
    - rasa membesarkan Allah, rasa kita sedang berdiri didepan Allah, rasa kerdil.
    - rasa malu dengan Allah -- kerana banyaknya dosa kita.
    - solat dengan harapan.
  • Jagalah selawat, selawatlah sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
  • Begitu juga dengan mengingati mati, membayangkannya, muhasabah diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan.
  • Rasulullah SAW akan kenal kita di Padang Mahsyar nanti melalui selawat-selawat yang kita selalu sebut semasa di dunia. 
  • Berselawatlah sehingga basah bibir, sehingga tak putus-putus, kerana selawat ini mampu melapangkan dada daripada kesempitan hidup,
  • Dapat juga menaikkan darjat kita dari hamba-hambaNya yang lain -- menjadi WALI ALLAH.

4. DR MUHD IZHAR ARIFF - SOLAT MUSAFIR

in my opinion the best speaker of the day =D
  • Islam merupakan agama yang sederhana, Allah SWT tak menjadikan urusan agama itu menyulitkan. 
  • Dari segi rasionalnya, kita juga merupakan musafir, merantau dari dunia mencari bekalan sehingga kita sampai ke destinasi kita kelak; Akhirat.
  • Qasar - Memendekkan solat.
  • Syarat sah qasar:
    - dilakukan ketika bermusafir.
    - telah keluar dari sempadan tempat tinggalnya.
    - orang bermusafir tak menjadi makmum kepada orang mukmin yang sedang solat fardhu seperti biasa (kalau tidak dalam keadaan kelam kabut, solatlah solat waktu tersebut bersama imam, kemudian selepas salam terus bangun untuk menunaikan solat seterusnya.)
  • Jamak  - menghimpunkan solat.
  • Terbahagi kepada dua:
    - Jamak taqdim ( awal )
    - Jamak takhir ( lambat ) *dalam bahasa mudah
  • Antara syarat jamak taqdim:
    - tertib antara solat pertama dan kedua( solat ikut turutan -- sama ada zohor/ magrib dahulu)
    - niat jamak untuk menunaikan solat kedua dalam solat pertama (dalam takbiratul ihram)
    - secara mualat (terus bangun selepas salam solat pertama untuk menunaikan solat kedua)
    - perjalanan berterusan sehingga waktu solat kedua

  • was-was itu adalah penyakit syaitan.
  • Antara syarat Jamak Takhir:
    - niat untuk mentakhirkan solat pertama kepada solat kedua .
    - solat sebelum sampai ke destinasi.
    - tidak disyaratkan tertib (boleh ikut turutan, boleh juga tidak)
  • Syarat umum solat musafir:
    - jarak melebihi 85 km.
    - ada tujuan dan perjalanan bukan kerana maksiat. 
5. USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

  • Soalan paling popular: Sembah Allah atau Kaabah? -- bayangkan jika Kaabah itu Tuhan, Bilal b Rabbah tidak akan naik ke atasnya dan pijak untuk azan, Kaabah itu hanyalah kayu aras sahaja.
  • Jangankan kata 10, satu selawat yang dibalas dari Allah SWT kepada kita pun boleh membuatkan kita bahagia.
  • Mengapa kita sembahyang? -- Agar Allah mahsyur terhadap kita, kerana dalam solat kita banyak menyebut nama Allah, kita buka (Allahu Akbar) dan tutup solat (Assalamualaikum Warah matullah) dengan nama Allah SWT.
  • Kunci solat yang baik ialah -- WUDHU'
  • Orang yang menyedut air kedalam hidung semasa berwudhu' untuk tujuan membersihkan -- akan dapat bau syurga.
  •  Mengapa kita sembahyang? -- kerana Allah SWT telah menciptakan semua makhluk untuk sembahyang, termasuk alam sekitar seperti pokok.

A041

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan
( An-Nur: 41)

A018
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. ( Al Hajj: 18 )


  • Semua makhluk bersujud pada Allah, termasuklah bayang-bayang kita, SubhanAllah!
  • Allah SWT telah menciptakan anggota badan kita untuk solat -- sesuai dengan pergerakan semasa solat, tidak ada pergerakan dalam solat yang badan kita tak mampu lakukan (kecuali dalam keadaan sakit)
  • Jangan putuskan sembahyang kalau sembahyang tidak lagi batal -- jangan sengaja keluar atau buang angin untuk batalkan solat.
  • Jika kita rasa ada rukun tertinggal, ganti semula rukun dengan rukun, tak perlu batalkan solat untuk menunaikan solat yang baru, ISLAM IS EASY =)

And that is the end of my writing today, people =D I hope you learnt a thing or two with my little note, In shaa Allah and forgive me, do correct me if I get any informatin wrong. So it seems like I won't be writing until I finished SPM which is on 29/11. 

Dear readers, from the bottom of my heart I would like to apologize for the wrongdoings that I've done whether I realize it or not, and I hope you can pray that Allah SWT will help me during my SPM examination so that I could get good results and be succeesful both in the dunya and akhirah =) I, too will pray to Allah to ease each one of your business and to bless you with His blessings, Aaamin!

Until then, Salam Alaykum! <3 


No comments:

Post a Comment